Saturday, October 2, 2010

titisan 'usaha' x akan kering dan x kan berlalu pergi...


lutut berdarah....dan darah mula mengalir...tp mindanya masih mengarahkan kakinya agar

terus bangun dan melangkah pergi...dua langkah kehadapan...dya masih terjatuh....situasi ini terus

berulang dan berulang mulai matahari menyapa kita hinggalah matahari mula bersembunyi...dya

tetap berusaha...dan terus berusaha..tiada kalaimah putus asa diungkap dan

dizahirkan..hinggalah

dya mampu berdiri tegak dan berlari..dya akan terus berlari keriangan kerna usaha yg disemai

mula berbunga..kenapa kanak2 mampu melakukannya?? walau apa yg berlaku..kita perlu

berusaha dan berusaha........agar cita2,impian dan harapan yg digenggam menjadi

realiti......kucuba sedaya upaya...hasilnya Yang Maha Agung lebih mengetahuinya...



Monday, September 27, 2010

Ketenangan adalah satu kunci....


jam dah menunjukkan 1.42 pagi..akhirnya setelah setahun,dengan izin Allah..aku dapat gak bukak blog aku walaupun sebelum nie password blog ni dah melayang jauh dari minda aku..tp akhirnya ia datang kembali umpama seekor penyu yg akhirnya pulang ketempat bertelur..bercerita ttg tenang, terlama byk yg perlu dikupas, bila ketenangan datang ditemani dgn usaha ,doa n tawakal..jalan pnyelesaian tentu akn muncul jua..byk kita lihat manusia x mampu bertenang bila sesuatu masalah menjelma..gelabah,kalut,gopoh gapah n akhirnya emosi yg mnguasai diri..mungkin sesetengah mengatakan wanita lebih emosi berbanding dengan lelaki..mungkin betol gak..tapi apa2 pun kita perlu melihat dari perspektif yg lebih luas dan mgkaji sedalam2nya.. apa2 pun, biarlah ketenangan sentiasa hadir di dalam diri kita..dengan berzikir kpd Yang Maha agung, ia satu jalan dan pintu kpd ketenangan..bila satu2 masalah hadir dlm hidup,pandai2lah kita mnyelesaiknnya..yg penting, duduk bertenang n ambil masa untk berfikr.....okaylah,tenang2 gak,dah lewat nie...pape pon..renung2kanlah...salam mujahadah..

Tuesday, September 15, 2009

demam raya dah datang dah...


masuk jer kelas..dengarlah hingar bingar suara budak pompuan dlm kelas aku(budak lelaki bising gak)..mybe sebab budak pmpuan majoriti kot,tu yg jadi pasar tani kelas tu(x selalulah).pejam celik pejam celik..dah nak abis ramadhan..sedih gak...ada sebab aku sedih sbnrnya...tp kan skg semua dah bertnya satu sama len, "bila ko balik?blk ngn aper? kiranya tu soklan wajiblah buat masa skg...kat dalam kelas aku gak,ramailah bebudak pompuan ni beli kek coklat..nak rayer katakan...setakat berbual jer mana bez..bawaklah kek tu dtg cni skali..leh aku rasa..mula2 terpikir jgk nak beli tepung kek coklat..erm..tp bila pikir dua kali..saper nak buat kat umah aku kalu aku beli pun..aku mana ada pmpuan dalam kuarga aku...tu yang buat aku malas nk bli..tnggu budak pompuan buatlah...ari ni budak medic da stat blh kmpung..aduh budak gg x leh cuti lg..bez plak tgk dyaorg dapat blk...xpelah..apapun lewat or cepat pun.yg penting dapat blk kmpung gak..tp yg paling penting skali..semua dapat balik kg dan dtg blk ngn selamat..aku doakn untuk korang semua wahai budk2 kelas ku...chaiyok2..jgn lupa stadi gak ..dah nak exam after cuti nie(ceh2..nachat org,mcm aku nie baca buku...buku pun jarang pegang aku ni)...wokeylah.

berbual kosong jer

Arghhhh.....sakitnya kaki aku ari ni...x pnh aku rasa sakit cam ni(seingat aku la..),hahaha...maybe padan muka aku kot..cuai sgt..tp kan ari ni jarang berlaku,maksud aku...kitaorg ada masa free..biasanya jarang sgt lecturer x masuk..huh..lega..dapat rileks jap..ari ni bila tersilih dgn kwn2 aku,ramai akan tanya..." knp dengan kaki mu piji"...aku jawab lah terseliuh...hu2..ramai gak amek berat kat aku yer..kih2.gurau je lah..aku ada baca paper kat library. erm.....xde lah berita menarik sgt pun..berita org accident,salam perantau n mcm2 lglah..tp kn berita utama skg pasal perwakilan MIC menghina Tun dr. Mahathir...sepatutnyakan xpatut lah bnda tu diucap..bukan aku nk sokong or nak salahkn mana2 pihak tp sekadar menegur...kiranya tegur diri yg lemah ni jgklah,kata2 ni mudah je terkeluar tp bila skali terkeluar..susah sgt kita nak undur n perbetulkan kembali..erm..btl sgtlah kata2 org tua..kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa..wah hebat jgk bahasa malaysia aku ni..ari gak adalah berbincang n bertukar pendapat dgn pa'a dan shifa'...kih2...berbual2 bnda kosong jer...dyaorg tegurlah mcm mn nk tulis artikel or cerita dlm blog ni..aku manalah tahu guna blog.ni pun baru tahu(tu pun masih merangkak lg)..slow2 piji...wokeylah...aku pun x tahu nak tulis apa ni...


Monday, September 7, 2009

MATI ITU PASTI!!!

Kehidupan berlangsung tanpa disedari daripada detik ke detik. Apakah kamu tidak menyedari bahawa hari-hari yang kamu lalui semakin mendekatkan kamu kepada kematian sebagaimana juga yang berlaku bagi orang lain? Sepertimana firman Allah Taala yang bermaksud;

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.
Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)


Setiap orang yang hidup di muka bumi ini ditakdirkan untuk mati. Tanpa pengecualian, mereka semua akan mati, setiap orang. Saat ini, kita tidak pernah menemukan jejak orang-orang yang telah meninggal dunia. Mereka yang saat ini masih hidup dan mereka yang akan hidup juga akan menghadapi kematian pada hari yang telah ditentukan. Walaupun demikian, masyarakat pada umumnya cenderung melihat kematian sebagai suatu peristiwa yang terjadi secara kebetulan saja. Cuba renungkan seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia ini dengan seseorang yang sedang mengalami sakaratul maut. Keduanya sama sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya. Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian akan mati; Allah menjelaskan dalam Al-Quran tentang perilaku manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut;

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya,
maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu,
kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah),
yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata,
lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)


Kebanyakan orang menghindari untuk berpikir tentang kematian. Dalam kehidupan moden ini, seseorang biasanya menyibukkan dirinya dengan hal-hal yang sangat menjauhi kematian, mereka hanya berfikir tentang di manakah mereka akan belajar, di perusahaan manakah mereka akan bekerja, baju apakah yang akan mereka gunakan esok pagi, apa yang akan dimasak untuk makan malam nanti, hal-hal ini merupakan persoalan-persoalan penting yang sering kita fikirkan.

Kehidupan diertikan sebagai sebuah proses kebiasaan yang dilakukan sehari-hari. Pembicaraan tentang kematian sering dicela oleh mereka yang merasa tidak nyaman mendengarnya. Mereka menganggap bahawa kematian hanyalah akan terjadi ketika seseorang telah lanjut usia, bahkan seseorang tidak ingin memikirkan tentang kematian dirinya yang tidak menyenangkannya ini.

Sekalipun begitu ingatlah selalu, tidak ada yang menjamin bahawa seseorang akan hidup dalam satu jam berikutnya. Setiap hari, semua orang menyaksikan kematian orang lain di sekitarnya tetapi mereka masih tidak memikirkan tentang hari ketika orang lain menyaksikan kematian dirinya. Tidakkah dia berfikir bahawa kematian itu sedang menunggunya! Ketika kematian dialami oleh seseorang manusia, semua “kenyataan” dalam hidup tiba-tiba lenyap. Tidak ada lagi kenangan akan “hari-hari indah” di dunia ini.

Renungkanlah segala sesuatu yang kamu dapat lakukan saat ini;
Kamu dapat mengerdipkan mata kamu, menggerakkan badan kamu, berbicara, tertawa.

Semua ini merupakan fungsi tubuh kita.

Sekarang renungkan bagaimana keadaan dan bentuk tubuh kita setelah kita mati nanti?

Bermula daripada saat kamu menghembuskan nafas untuk yang terakhir kalinya, kamu tidak ada apa-apa lagi selain “sekujur tubuh”. Tubuh anda yang diam dan terbujur kaku, akan dibawa ke kamar mayat. Di sana, kamu akan dimandikan untuk yang terakhir kalinya. Dengan dibungkus kain kapan, jenazah kamu kemudiannya akan dibawa ke kuburan dalam sebuah keranda. Setelah itu, jenazah kamu akan dimasukkan ke dalam liang lahad, maka tanah akan menutupi kamu. Ini adalah kesudahan hidup seorang manusia. Mulai saat tersebut, kamu hanyalah seseorang yang namanya hanya terukir pada batu nisan di kuburan.

Pada bulan-bulan atau tahun-tahun pertama kematianmu, kuburan kamu akan sering dikunjungi. Seiring dengan berlalunya waktu, hanya sedikit orang yang datang. Beberapa tahun kemudian, tidak ada seorang pun yang datang mengunjungi pusara kamu. Sementara itu, keluarga terdekat kamu akan mengalami kehidupan yang berbeza setelah kematian kamu. Di rumah, ruang dan tempat tidur kamu akan kosong. Bahkan setelah pengebumian jenazahmu, sebahagian barang-barang milik kamu akan disimpan di rumah; baju, kasut, dan lain-lain yang dulu menjadi milik kamu akan diberikan kepada mereka yang memerlukannya. Barang-barang anda di pejabat akan dibuang.

Pada awal tahun pertama kematianmu, beberapa orang masih berkabung akan pemergian kamu kepada Allah Yang Maha Esa. Namun, masa yang bergerak pantas akan mempengaruhi ingatan-ingatan mereka terhadap masa lalu. Empat atau lima tahun kemudian, hanya sedikit orang saja yang masih mengenang kamu. Bahkan tidak lama kemudiannya, generasi baru akan muncul dan tidak ada seorang pun dari generasi kamu yang masih hidup di muka bumi ini. Apakah kamu masih diingat orang atau tidak, hal tersebut tidak ada gunanya lagi.

Sementara semua hal ini terjadi di dunia, jenazah yang dikebumikan akan mengalami proses pembusukkan yang cepat. Setelah seseorang manusia itu dimakamkan, maka bakteria-bakteria dan serangga-serangga berkembang biak pada mayat tersebut; hal tersebut terjadi kerana ketiadaan oksigen. Gas yang dilepaskan oleh jasad ini mengakibatkan tubuh jenazah menggembung, mulai dari daerah perut, yang mengubah bentuk dan rupanya. Buih-buih darah akan meletup dari mulut dan hidung kerana tekanan gas yang terjadi di sekitar diafragma. Selama proses ini berlangsung, rambut, kuku, tapak kaki, dan tangan akan terlepas. Seiring dengan terjadinya perubahan di luar tubuh, organ tubuh bahagian dalam seperti paru-paru, jantung dan hati juga membusuk. Sementara itu, pemandangan yang paling mengerikan terjadi di sekitar perut, ketika kulit tidak dapat lagi menahan tekanan gas dan tiba-tiba pecah, menyebarkan bau menjijikkan yang tidak tertahankan. Mulai dari tengkorak, otot-otot akan terlepas dari tempatnya. Kulit dan jaringan lembut lainnya akan tercerai berai. Otak juga akan membusuk dan tampak seperti tanah liat. Semua proses ini berlangsung sehingga seluruh tubuh menjadi kerangka.

Tidak ada kesempatan untuk kembali kepada kehidupan yang sebelumnya. Berkumpul bersama keluarga di meja makan, bersosial atau memiliki pekerjaan yang terhormat; semuanya tidak akan mungkin terjadi. Alangkah singkatnya, “sekujur tubuh” yang tadinya dapat dikenali; mengalami pengakhiran yang menjijikkan. Di lain pihak, anda – atau lebih tepatnya, jiwa anda – akan meninggalkan tubuh ini segera setelah nafas anda berakhir. Sedangkan sisa dari anda – tubuh anda – akan menjadi sebahagian dari tanah.



Seandainya Allah ingin, tubuh itu tidak akan membusuk seperti kejadian di atas. Tetapi hal ini terjadi kerana padanya suatu hikmah yang tersembunyi yang sangat penting. Akhir kehidupan yang sangat dahsyat yang menunggu manusia; seharusnya menyedarkan dirinya bahawa ia bukanlah hanya tubuh semata-mata, melainkan jiwa yang “dibungkus” dalam tubuh. Dengan lain perkataan, manusia harus menyedari bahawa ia memiliki suatu kewujudan di luar tubuhnya.

Selain itu, manusia harus faham akan kematian tubuhnya - yang ia cuba untuk miliki seakan-akan ia akan hidup selamanya di dunia yang sementara ini. Tubuh yang dianggapnya sangat penting ini, akan membusuk serta menjadi makanan cacing suatu hari nanti dan berakhir menjadi kerangka. Mungkin saja hal tersebut segera terjadi. Walaupun setelah melihat kenyataan-kenyataan ini, ternyata mental manusia cenderung untuk tidak peduli terhadap hal-hal yang tidak disukai atau diingininya. Bahkan ia cenderung untuk menafikan kewujudan sesuatu yang ia hindari pertemuannya. Kecenderungan seperti ini tampak terlihat jelas sekali ketika membicarakan kematian. Hanya kematian tiba-tiba keluarga terdekat sahajalah yang dapat mengingatkannya [akan kematian]. Kebanyakan orang melihat kematian itu jauh dari diri mereka. Anggapan yang menyatakan bahawa mereka yang mati pada saat sedang tidur atau kerana kecelakaan merupakan orang lain; dan apa yang mereka [yang mati] alami tidak akan menimpa diri mereka!

Semua orang berfikir, belum saatnya mati dan mereka selalu berfikir selalu masih ada hari esok untuk hidup. Bahkan mungkin saja, orang yang meninggal dalam perjalanannya ke sekolah atau terburu-buru untuk menghadiri mesyuarat di pejabat juga berfikiran serupa. Tidak pernah terfikirkan oleh mereka bahawa esok hari akan memberitakan kematian mereka. Kemungkinan, ketika kamu membaca artikel ini, kamu berharap untuk tidak meninggal setelah kamu selesai membacanya atau bahkan meredhai kemungkinan tersebut terjadi. Mungkin anda merasakan bahawa saat ini belum waktunya mati kerana masih banyak hal yang harus diselesaikan. Namun demikian, hal ini hanyalah alasan untuk menghindari sebuah kematian dan usaha-usaha seperti ini hanyalah hal yang sia-sia untuk menghindarinya;

Katakanlah: “Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu,
jika kamu melarikan diri daripada kematian atau pembunuhan,
dan jika (kamu terhindar daripada kematian)
kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar saja.” (QS. 33:16)


Manusia yang diciptakan seorang diri, haruslah waspada bahawa dia juga akan mati seorang diri. Namun selama hidupnya, dia akan hidup untuk memenuhi segala keinginannya. Tujuan utamanya dalam hidup adalah untuk memenuhi hawa nafsunya. Namun, tidak seorang pun dapat membawa harta bendanya ke dalam kuburan. Jenazah dikuburkan hanya dengan dibungkus kain kapan yang dibuat dari bahan yang murah. Tubuh datang ke dunia ini seorang diri dan pergi dari dunia inipun dengan cara yang sama. Modal yang dapat dibawa seseorang setelah kematian hanyalah 3 perkara; Amal solehnya, sedekah jariah dan doa daripada anak yang soleh.
sumber dari website Harun yahya

Friday, June 5, 2009

ibu...........kau satu dihatiku


ibu,ma,mak,mama,umi dan byk lg gelaran yg dberikan kpd seorang wanita yg cukup hebat di muka bumi ini..tiada keletihan dan kepenatan pnh ditnjukkan insan ini kepada anaknya...tanpa ibu,kita ibarat seekor burung yg kehilngan sebelah sayap dan bagaimana burung itu ingin terbang jauh tnpa sebelah sayapnya....?? tidakkah kita terfikir apa yang ibu kita lakukan sekarang...seorng ibu tidak akan berhenti mendoakan kejayaan anaknya walaupun sesetengahnya anaknya langsung tak meminta darinya..aku tahu,aku bukanla insan yang baek kepada rakan2 dan teman2 tetapi ku amat menyayangi ibuku...tiada rahsia yang terbuku dihati ini yang tidak penah diceritakan kepada ibuku........................panggilan 'ma' adalah istemewa buatku kerna ku telah menyebutnya sejak bayi hinggala ku mengenali dengan mendalam bagaimana gigi manusia..terlalu banyak benda,saat manis,tawa mesra,tangisan dan semuanya yg ingin kongsikan bersama ma.tapi.......jumaat 22 mei 2009 pukul 3.15petang menjadi noktah kepada seorang insan hebat yang amat kusayangi. ciuman terakhr ditemani linangan air mata singgah di dahi ibuku..ku tau selepas saat ini ku akan sentiasa merindui ibuku.....penderitaan ibuku akibat kanser selama setahun lebih diakhiri dengan saat tenang pada ptg jumaat...terlalu byk pesanan dari arwah ibuku kepadaku singgah di cuping telinga ini sebelum pemergiannya dan aku cuba mengingatinya satu persatu.....ma,ku btl2 merinduimu...kelibatmu tetap segar diingatanku pabila ku memandang kearah dapur..tiada lagi lauk ayam kicap yang ma selalu masakkan untuk anak2 sebelum ini......tetapi semua saat manis bersama dulu telah pergi berlalu buat selamanya...pesanan dan nasihat ibu akan kuingati kutunaikn....ibu,engkaulah permaisuri hatiku........doa anakmu sentiasa mengiringi ibu disana dan semoga ibu tenang bersama orang2 yg solehah di sana. wahai teman, berbaktilah kepada insan hebat yg penah melahirkan kita di dunia ini...kucupla dahi ibu sepuas2nya kerna bila dya 'pergi'.....tiadalah insan laen yg dapat menggantikannya. ku akan sentiasa berusaha dengan gigih untuk merealisasikan impian dan harapan ma untuk melihat anaknya ini berjaya di dunia dan akhirat.. i love u ma